About Me

My photo
tanggal 21 april 1992 aku dilahirkan di hospital besar klang.aku di besarkan degan penuh kasih sayang iaitu abah ROJAMAN B YALIB dan mak MISKIAH BT AHMAD.tanapa mereka berdua siapalah aku di dunia yang indah ini.walaupon aku ini anak tungal aku tetap hppy.aku bersyukur sangat.kini hidupku penuh dengan cabaranh dan dugaan.

Thursday, September 29, 2011

Bagaimana Nak Melupakan Ex Kita dan Mulakan Hidup Baru yew??


Betapa indahnya percintaan namun tiba2 saja pasangan kamu nak minta brek. Seperti jantung awk berhenti tiba2. Bercinta dan putusnya sebuah perhubungan merupakan salah satu warna kehidupan yang akan kita semua alami. Takkan muncul pelangi tanpa hujan.

Selepas suatu hubungan berakhir ramai yang berusaha untuk melupakan ex mereka, namun segelintir masih lagi mengalami kesukaran untuk hidup bahagia selepas ditinggalkan. Sebenarnya, melupakan bukan ayat yang sesuai, kerna sampai bila2pun kita takkan pernah melupakan apalagi seseorang yang pernah memberi rasa di dalam hati kita, kecualilah seseorang itu hilang ingatan atau nyanyuk. Setuju tak? Kenapa? Kerna selama kita berusaha melupakan, selama itulah juga rindu kepadanya akan semakin kuat dan selama hidup kita di dunia ini setiap kenangan akan mengikut kita hingga ke akhir waktu jadi bagaimana kita bisa melupakan? Sebenarnya, dalam kehidupan ini, kita tak pernah melupakan, kita sebenarnya belajar untuk terus hidup tanpa dia di sisi.

- Selesaikan segala yg belum selesai d antara kamu berdua, kerna pkara2 yg tidak diselesaikan itulah yg selalu menganggu fikiranmu dan menghambat kamu untuk melangkah ke depan.

- Menangislah dan keluarkan segalanya, kelukaan dan segala macam rasa yg menghimpit hatimu, kamu memang berhak untuk menangis, kerana hatimu telah dihancuri, anda merasa dikianati, diabaikan, segala pengorbanan anda selama ini tidak dihargai, terasa sia-sia dan itu adalah perkara normal. Lepaskan semuanya namun pastikan selepas ini anda tidak akan menangis lagi untuk alasan yg sama.

Jangan menyalahkan diri anda sahaja.  Ia hanya membuat anda rasa bersalah dan sukar untuk memaafkan diri sendiri. Di dalam sesuatu perhubungan, bukan anda seorang saja yg selalu salah. Yg penting anda telah menyedari kesilapan anda dan belajar darinya.

Terimalah kenyataan bahwa kamu sudah tidak ada apa2 hubungan lagi dan takkan bisa bersama seperti dulu.

Coretkan segala rasa kamu ke dalam diari, lepaskan semua suka duka bersama even hal pergaduhan kamu ketika bersama, ia akan menjadi pengajaran untuk anda di masa akan datang.

Padam nombornya, tahan diri darrpada sms, kol, even chatting kat fb. Jika dia ingin bertemu lebih baik elakkan kerana ia hanya akan menjejaskan emosi anda. Ramai yg ingin terus berkawan, itu tak salah namun untuk sementara waktu lebih baik jauhkan diri dari dia. Bila anda benar-benar ingin memulakan hidup baru tanpa dia, anda tak boleh lemah kerana segala usaha anda akan mjadi sia-sia. Menjauhkan diri untuk seketika tidak bermaksud anda memutuskan persahabatan yg pernah terjalin tp untuk sementara waktu anda perlukan masa untuk diri sendiri jauh dari dia. Ia adalah langkah pertama untuk anda belajar hidup tanpa dia.

Simpan segala pemberiannya, gambar atau benda yg akan mengingatkan anda kepadanya. Tak payah buang atau bakar, cukup memasukkannya ke dalam kotak, almari atau stor, asal anda tidak melihatnya lagi. Hei...rugilah nak buang, janganlah membazir, kan boleh guna lagi..hohohoho..suatu saat benda2 tu takkan memberi efek apa-apa pun dalam diri andadan masa tu anda boleh kuarkan semuanya.

- Sibukkan diri anda, cari hobi baru dan enjoykan diri anda, yg suka membaca boleh cari novel baru, shopping ke, tengok wayang ke, pegi gym ke...

- Tumpukan perhatian anda terhadap pekerjaan, yg takde pekerjaan, carilah kerja. Anda akan memperolehi wang daripada buang masa dengan terus meratapi kenangan silam.

- Sesekali, ingatan terhadapnya pasti akan muncul. Jangan terlalu ikut emosi. Ia hanya akan membuatkan anda jatuh kmbali.

Luahkan kepada famili atau teman rapat anda.Mereka pasti tahu bagaimana untuk membuat anda selesa dan menghiburkn anda. Luangkan masa bersama mereka, ambil masa ini untuk menebus segala masa yg kamu abaikan untuk bersama mereka eswaktu anda sedang hangat bcinta sehingga melupakan mereka.

Gunakan masa ini untuk menghargai hidup anda dan status anda sebagai single. Manjakan diri anda. Manfaatkan masa ini, lakukan perkara berfaedah yg anda tak dapat buat ketika anda bersama ex anda dulu.

- Cari persekitaran baru, cari aktiviti baru, cari kawan baru. Anda pasti akan menemui seseorang yg anda suka dan bisa membuat anda tersenyum semula.

- Janggn angggp diri kita lemah. Kita takkan tahu setakat mana kemampuan kita selagi kita tak berusaha.Ingatlah Tuhan takkan meberi ujian yg melebihi dari batas kekuatan kita. Semua terpulang kepada diri kita samada mau terus terikat dengan kenangan yg menyakitkan atau melangkah ke hidup yg baru.

- Paling pnting, ketika anda sedang bersedih, jangan sesekali melakukan perkara yg akan menyebabkn anda menyesal seumur hidup.

- Buang perasaan benci dan ketidakpuasan hati anda, ia hanya membuang masa anda. Kemarahantak akan menggubah apa-apa. Its time to pick yourself up and move forward. Prove that you still can live your life better even without him/her. Life is too short to waste even one precious minute.

- Dekatkan diri kepada Tuhan. Jika selama ini kebahagiaan telah membuat kita lupa kepada Dia dan membutakan mata hati kita, saat inilah kita mohon kemaafan dan bersyukur atas segala yg telah Dia berikan kepada kita. Terimalah segalanya dengan redha. Percayalah, Tuhan takkan mengambil sesuatu dengan cuma-cuma tanpa memberikan yg terbaik kepada kita. Dia yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Semua yg berlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi. Belajarlah dari kesilapan lalu, agar di kmudian hari, kita lebih tahu dan sudah mengerti dan bisa mengelak dari masalah yg sama.

- Bila dia memang untuk anda, walau terpisah sejauh mana pun dan seberapa lama pun kamu pasti akan bertemu juga dan kamu akan merasakan Rasa itu tak pernah berubah ditelan jarak waktu. Tapi kadangkala, manusia sering salah dalam menafsir rasa mereka, ada yg bertemu setelah sekian lama tapi itu tak bermakna juga kmu ditakdirkan untuk bersama.Minta petunjuk dari Tuhan, selidiki hatimu, dengar dan rasakan, ada jawapan dalam hatimu.

No comments:

Post a Comment

BLOG BERNYANYI